Klik di sini untuk menggunakan laman web kami dengan lebih banyak sokongan kebolehcapaian, contohnya pembaca skrin

NEXTDIRECT

Soalan Lazim

Dokumen berikut menggariskan Soalan Lazim untuk laman web Next.
Soalan Lazim yang Betul setakat

Kami beroperasi dalam talian seperti biasa​​​​​​​: Berikutan situasi Koronavirus terus berubah, kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keselamatan semua orang sambil terus menawarkan perkhidmatan terbaik kami. Kami telah memperkenalkan langkah-langkah keselamatan tambahan untuk melindungi kakitangan gudang kami dan memastikan bahawa mereka dapat beroperasi dalam persekitaran yang selamat.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUKA AKAUN?

Sangat mudah untuk membuat akaun, cuma klik pada 'Akaun Saya' dan pilih 'Pelanggan Baharu' untuk memasukkan butiran anda. Sila ambil perhatian bahawa anda boleh mendaftar dengan menggunakan aksara bahasa Inggeris standard sahaja.

Sila pastikan akaun anda didaftarkan atas nama anda sendiri dan alamat penghantaran sepadan dengan alamat pengebilan kad kredit atau debit anda.

LOG MASUK KE AKAUN SAYA

Sila klik pada 'Akaun Saya', masukkan alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan semasa anda membuka akaun dan klik 'Log Masuk Sekarang'.

Begitu mudah untuk terlupa kata laluan anda. Jika anda tidak dapat mengingati kata laluan anda, klik 'Terlupa Kata Laluan' dan ikut arahan.

Kami akan membuat kata laluan sementara untuk anda, yang akan dihantar ke alamat e-mel anda yang didaftarkan.

Untuk menjadikan kata laluan anda lebih selamat:

  • Gabungkan huruf, nombor dan simbol
  • Gunakan gabungan atau aksara yang tiada dalam kamus
  • Buat kata laluan yang panjang. Next membenarkan panjang kata laluan 6-12 aksara. Semakin panjang kata laluan, semakin selamat kata laluan anda
  • Gunakan perkataan dan frasa yang sukar diteka orang
  • Elakkan daripada menggunakan nama atau tarikh lahir anda
  • Jangan gunakan aksara urutan atau berulang. Contohnya '12345678' atau 'qwerty'
  • MENGEMAS KINI BUTIRAN SAYA

    Anda boleh menukar alamat, nombor telefon dan alamat e-mel pada akaun anda dengan hanya mengklik pada 'Akaun Saya', kemudian klik 'Edit Butiran Saya'.

    Pastikan anda menukar butiran anda sebelum membuat pesanan jika anda telah berpindah baru-baru ini.

    Disebabkan kami memproses pesanan dengan cepat, kami tidak dapat menukar alamat anda setelah pesanan dibuat. Pesanan yang dibuat sebelum anda mengemas kini butiran alamat anda akan dihantar ke alamat yang dipaparkan dalam e-mel pengesahan anda

    SAYA TERLUPA KATA LALUAN

    Jika anda tidak dapat mengingati kata laluan anda, klik 'Terlupa Kata Laluan' dan ikut arahan. Kami akan membuat kata laluan sementara untuk anda, yang akan dihantar ke alamat e-mel anda yang didaftarkan.

    Jika anda memasukkan kata laluan yang salah sebanyak 3 kali, anda akan diminta untuk memasukkan kod unik yang dipaparkan pada skrin anda untuk meneruskan.

    Sila ambil perhatian: Jika anda belum membuat pesanan dalam 12 bulan yang lalu, anda akan diminta untuk membuka akaun baharu, cuma daftar 'di sini'

    MENGEMAS KINI KATA LALUAN SAYA

    Bagaimanakah cara menukar kata laluan saya?

    Cuma log masuk ke 'Akaun Saya' dan pilih pautan 'Tetapkan Semula Kata Laluan'.

    Kami akan membuat kata laluan sementara untuk anda, yang akan dihantar ke alamat e-mel anda yang didaftarkan.

    BANTUAN BERHUBUNG AKAUN SAYA

    Menutup akaun saya

    Kami sangat kesal mendengar bahawa anda ingin menutup akaun anda. Sila pastikan anda telah menerima semua pesanan dan sebarang bayaran balik yang tertunggak sebelum menghubungi kami untuk melakukan perkara ini buat anda.

    SAYA INGIN MENUKAR MAKLUMAT PEMASARAN YANG SAYA TERIMA

    Jika anda ingin mengemas kini Maklumat pemasaran yang anda terima daripada kami, cuma log masuk ke 'Akaun Saya'. Tandakan/nyahtandakan kotak di sebelah 'Pilihan Komunikasi' dan klik 'Kemas kini'.

    Anda juga boleh berhenti melanggan di bahagian bawah e-mel promosi terbaharu. Cuma klik pada pautan 'Tarik diri' dan pilih 'Berhenti Melanggan'.

    Jika anda berhenti melanggan e-mel pemasaran kami, anda tidak akan menerima maklumat tentang tawaran terkini, potongan harga dan apabila jualan murah Next akan dipaparkan di laman web kami.

    Rekod kami mungkin mengambil masa selama beberapa hari untuk dikemas kini, jadi jangan bimbang jika anda masih menerima sebarang e-mel sepanjang tempoh ini.

    MEMBUAT PESANAN

    Anda mesti mempunyai akaun Next untuk membuat pesanan. Jika anda pelanggan sedia ada, anda boleh memasukkan alamat e-mel yang didaftarkan dan kata laluan anda untuk log masuk sebelum mula membuat pesanan anda.

    Cuma klik pada item, pilih saiz dan tekan 'Tambah ke Beg' untuk membuat pesanan. Jika anda mengetahui nombor item, anda boleh memasukkan nombor itu ke dalam kotak carian atau menggunakan pilihan 'Belian Pantas' kami. Anda juga boleh melihat-lihat kategori kami menggunakan menu ke bawah di bahagian atas halaman.

    Setelah selesai membeli-belah, pilih 'Pergi ke Semak Keluar' daripada beg membeli-belah anda.

    Jika anda tidak mempunyai akaun Next, jangan bimbang - anda boleh membuka akaun anda semasa Semak Keluar.

    Kemudian anda boleh memilih kaedah pembayaran dan melengkapkan pesanan anda.

    Kami akan menghantar pengesahan e-mel ke alamat e-mel anda yang didaftarkan setelah pesanan berjaya dibuat, ini akan mengambil masa selama beberapa jam untuk diterima. Jangan lupa untuk turut menyemak folder sarap dan spam anda!

    Jika anda ingin membuat pesanan melalui telefon, kami beroperasi selama 24 jam sehari. Harap maklum bahawa kami hanya menerima pesanan melalui telefon jika anda membuat pembayaran menggunakan kredit atau debit. Alamat pengebilan kad kredit atau debit anda mesti sepadan dengan alamat penghantaran anda.

    MENYEMAK KELUAR

    Saya tidak dapat membuat semak keluar

    Jika anda tidak dapat meneruskan proses semak keluar, sila semak bahawa tiada item yang 'Habis Dijual' dalam beg membeli-belah anda. Cuma alih keluar item tersebut sebelum meneruskan pesanan anda. Kami berasa sangat kesal kerana anda tidak dapat membuat prapesanan atau menempah item pada masa ini.

    MENUKAR PESANAN SAYA

    Bolehkah saya menukar pesanan?

    Kami memproses pesanan dengan cepat agar item anda tiba secepat mungkin. Jadi kami tidak dapat mengubah pesanan anda setelah sesuatu pesanan dibuat.

    Satu-satunya pengecualian adalah jika anda ingin membatalkan item yang sedang ditangguhkan. Sila hubungi kami dan kami sedia membantu anda berhubung hal ini.

    Apabila anda menerima pesanan, sila semak item anda. Jika anda dapati item itu tidak sesuai, anda hanya perlu memulangkan item tersebut kepada kami untuk mendapatkan bayaran balik penuh menggunakan kaedah pilihan anda. Harap maklum bahawa bayaran pos mesti dibayar oleh pengirim dan tidak akan dibayar balik oleh Next.

    MENYIMPAN BEG MEMBELI-BELAH SAYA

    Anda boleh menyimpan item dalam bakul anda menggunakan butang simpan untuk kemudian. Ciri ini eksklusif untuk item harga penuh sahaja. Simpan untuk kemudian tidak tersedia sepanjang tempoh jualan murah.

    BOLEHKAH SAYA MELIHAT PESANAN YANG SEBELUMNYA?

    Harap maaf, sejarah pesanan pada akaun anda tidak dapat dilihat. Hanya semak e-mel pengesahan pesanan anda; ini akan memaparkan semua item yang telah anda pesan dan tarikh jangkaan penghantaran.

    Jika anda belum menerima e-mel pengesahan dalam masa 24 jam selepas membuat pesanan tetapi telah dikenakan bayaran, sila beritahu kami dan kami akan menyemak perkara ini untuk anda.

    BANTUAN BERHUBUNG PESANAN

    Adakah pesanan saya berjaya diproses?

    Jika anda tidak pasti sama ada pesanan anda telah diproses, sila semak sekiranya anda telah menerima e-mel pengesahan pesanan daripada kami. E-mel ini akan dihantar sejurus anda membuat pesanan. Jika anda belum menerima e-mel pengesahan selepas satu jam, beritahu kami dan kami akan menyemak perkara ini untuk anda.

    ITEM SAYA KEHABISAN STOK

    Jika terdapat stok tambahan yang dijangka untuk sesuatu item, tarikh anggaran akan dipaparkan dalam menu ke bawah, contohnya 'Pesan sekarang untuk penghantaran dalam masa 1-2 minggu'.

    Sebagai alternatif, anda boleh melihat-lihat koleksi terbaharu kami.

    BOLEHKAH SAYA MEMESAN KATALOG ATAU RISALAH?

    Harap maaf, anda tidak dapat memesan katalog atau risalah kami. Anda boleh membeli pelbagai jenis produk kami secara dalam talian.

    APAKAH KAEDAH PEMBAYARAN YANG BOLEH SAYA GUNAKAN?

    Kami menerima kad kredit berikut: American Express, Visa, Diners & Mastercard.

    Kad tersebut mestilah didaftarkan pada alamat akaun.

    Kami tidak dapat menerima Kad yang akan tamat tempoh dalam masa 5 hari berikutnya. Butiran kad disemak dan disahkan oleh pihak ketiga dan barang akan dihantar setelah kelulusan diperoleh.

    BOLEHKAH SAYA MEMBUAT PEMBAYARAN DENGAN KAD HADIAH?

    Harap maaf, pembayaran tidak dapat dilakukan dengan kad hadiah secara dalam talian. Kad hadiah hanya boleh dibeli dan digunakan di UK.

    BANTUAN BERHUBUNG KAD YANG DISIMPAN

    Saya ingin mengemas kini kad yang telah disimpan

    Cuma pergi ke 'Akaun Saya' dan buat pilihan 'Urus Kad yang Disimpan'. Pilih kad yang ingin dikemas kini dan anda akan melihat skrin 'Edit Kad'.


    Memadamkan kad yang disimpan

    Cuma pergi ke 'Akaun Saya' dan buat pilihan 'Urus Kad yang Disimpan'. Pilih kad yang ingin dipadamkan dan buat pilihan 'Padam Kad'. Tindakan ini akan mengalih keluar kad tersebut daripada akaun anda dengan serta-merta.

    BANTUAN BERHUBUNG PEMBAYARAN

    Saya tidak dapat membuat pembayaran

    Sesetengah bank memerlukan semakan keselamatan lebih lanjut sebelum membenarkan pembayaran kad diproses. Jika pembayaran kad anda ditolak semasa semak keluar, sila hubungi terus bank anda untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut. Sila pastikan juga bahawa kad pembayaran anda disediakan untuk pembayaran antarabangsa oleh pengeluar kad anda.


    Jika anda menggunakan pilihan pembayaran PayPal atau Klarna, sila semak dengan mereka terlebih dahulu sebelum menghubungi kami.


    Adakah pembayaran saya berjaya diproses?

    Semak sama ada anda telah menerima e-mel pengesahan pesanan daripada kami. E-mel ini akan dihantar sejurus anda membuat pesanan. Jika anda belum menerima e-mel pengesahan selepas satu jam, beritahu kami dan kami akan menyemak status pembayaran tersebut untuk anda.

    MAKLUMAT PENTING PENGHANTARAN

    Penghantaran ke rumah

    Penghantaran akan disahkan semasa semak keluar

    Berita baik, penghantaran adalah percuma untuk semua pesanan yang melebihi RM150 pada masa ini. Pesanan bawah RM150 akan dicaj sebanyak RM25 untuk penghantaran bagi setiap pesanan.

    *Pengecualian terpakai - Sila berikan beberapa hari tambahan untuk cuti tempatan, cuti kebangsaan UK, hujung minggu dan waktu jualan murah. Cukai mungkin perlu dibayar sekiranya berkenaan.

    Maklumat penghantaran tambahan

    Dalam kebanyakan keadaan, kesemua pesanan anda akan dihantar secara serentak, namun ia mungkin dihantar dalam bungkusan yang berasingan. Pengecualian - Item yang ditangguhkan. Apabila sebahagian daripada pesanan ditangguhkan, item yang ditangguhkan akan dihantar sejurus stok tersedia tanpa sebarang kos tambahan.

    Penghantaran ke alamat alternatif selain daripada alamat akaun tidak tersedia pada masa ini.

    Kami tidak dapat membuat penghantaran ke Alamat Peti Surat; semua pesanan perlu dihantar ke alamat kediaman.

    Adakah saya akan dikenakan yuran kastam?

    Bergantung pada nilai pesanan anda dan negara tertentu, anda mungkin dikenakan yuran kastam atau import setelah bungkusan anda tiba di negara anda. Seperti yang dinyatakan dalam 'Terma dan Syarat' kami, yuran ini mesti dibayar oleh pelanggan dan tidak akan dibayar oleh Next.

    Oleh kerana caj ini ditetapkan oleh negara anda dan berbeza antara pesanan, kami tidak dapat menjangkakan jumlah caj tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi pejabat kastam tempatan anda sebelum membuat pesanan.

    Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa sebarang produk yang anda pesan mematuhi peraturan import kerajaan negeri dan persekutuan.


    MENJEJAKI PESANAN SAYA

    Ingin mengetahui status semasa pesanan dan pemulangan anda? Cuma log masuk ke 'Akaun Saya' dan klik 'Pesanan Saya' untuk melihat maklumat penjejakan terkini bungkusan anda.

    Setelah pesanan anda sedang dalam penghantaran, anda akan menerima nombor penjejakan melalui e-mel.

    Untuk menjejaki bungkusan anda, klik pada pautan dalam e-mel dan anda akan dihalakan ke laman web kurier. Jika anda tidak dapat mencari e-mel penjejakan tersebut, sila pastikan anda telah menyemak folder spam dan sarap anda.

    SAYA MENGHADAPI MASALAH BERHUBUNG PENGHANTARAN

    Saya tidak menerima pesanan saya

    Cuma semak penjejakan bungkusan dalam talian anda dengan log masuk ke 'Akaun Saya' dan klik 'Pesanan Saya'. Sebagai alternatif, anda juga boleh mengklik pautan dalam e-mel anda daripada kami. Jika bungkusan tersebut menunjukkan status telah dihantar, tetapi anda belum menerima sebarang bungkusan, sila beritahu kami dan kami bersedia membantu anda.


    Ada item yang tiada dalam bungkusan saya

    Jika ada item yang tiada dalam bungkusan anda, item itu mungkin ditangguhkan. Dalam keadaan ini, item itu akan dihantar dalam bungkusan berasingan setelah kami menerima stok tambahan di gudang. Sila semak e-mel pengesahan pesanan anda kerana item yang ditangguhkan sepatutnya ditandakan dengan tarikh jangkaan penghantaran.

    Kadangkala item mungkin dihantar secara berasingan bagi item daripada gudang yang berbeza. Jika ada item yang tiada dalam bungkusan anda, sila semak nota penghantaran atau sisipan bungkusan anda kerana anda sepatutnya dimaklumkan jika item akan dihantar kemudian. Selain itu, sila semak sama ada anda telah menerima nombor penjejakan kedua melalui e-mel, kerana ini menunjukkan bahawa bungkusan kedua sedang dalam proses penghantaran.

    Jika anda menerima bungkusan yang rosak, sila pastikan bungkusan itu mengandungi semua item yang anda pesan. Jika ada mana-mana item yang tiada atau rosak, sila hubungi kami secepat mungkin agar kami dapat membantu anda.

    Saya telah menerima item yang salah

    Kami berasa sangat kesal jika anda menerima item yang salah atau tidak seperti yang dinyatakan. Sila hubungi kami secepat mungkin, agar kami dapat membantu anda lebih lanjut.

    ITEM ROSAK

    Saya telah menerima item yang rosak

    Kami berasa sangat kesal kerana anda menerima item yang rosak. Jika item tersebut kelihatan rosak semasa penerimaan, sila hubungi kami berserta butiran tentang kerosakan sebelum membuat pemulangan agar kami dapat menasihati anda berhubung tindakan yang perlu diambil.

    Item saya telah rosak

    Kami berasa sangat kesal kerana item anda telah mengalami kerosakan. Sila hubungi kami secepat mungkin dengan butiran tentang kerosakan sebelum membuat pemulangan agar kami boleh menasihati anda berhubung tindakan yang perlu diambil.

    MAKLUMAT PENTING PEMULANGAN

    Bagaimanakah caranya memulangkan item?

    Anda boleh memulangkan item yang belum digunakan dalam masa 28 hari dari tarikh penerimaan melalui pos, dengan menggunakan label pemulangan di bahagian belakang nota penghantaran. Bayaran pos mestilah dibayar oleh pengirim dan tidak akan dibayar balik oleh Next. (Ini tidak menjejaskan hak berkanun anda).

    Semua pemulangan hendaklah dihantar melalui pos ke:

    PETI SURAT NEXT 1124

    BRADFORD

    BD4 6AU

    ENGLAND

    Jika anda tidak memulangkan item tersebut dalam masa yang ditetapkan, kami mungkin menahan item tersebut dan/atau tidak membayar balik sama sekali atau membayar balik harga jualan semasa atau yang lalu. Semua produk kosmetik, dandanan dan barang kemas tertentu hanya dapat dipulangkan sekiranya didapati rosak. Jika produk mempunyai meterai keselamatan, bayaran balik atau penukaran item tidak akan diberikan sekiranya meterai itu terjejas kecuali ia rosak.

    Semua produk kosmetik, dandanan dan barang kemas tertentu hanya dapat dipulangkan sekiranya didapati rosak. Jika produk mempunyai meterai keselamatan, bayaran balik atau penukaran item tidak akan diberikan sekiranya meterai itu terjejas kecuali item tersebut rosak.

    Bilakah saya akan dikreditkan untuk item yang dipulangkan?

    Item akan dibayar balik kepada kad anda apabila item tersebut tiba di gudang Next.

    Sila tunggu sehingga 28 hari untuk bayaran balik dipaparkan pada kad anda.

    ADAKAH SAYA PERLU MEMBUAT BAYARAN UNTUK PEMULANGAN?

    Ya, kami tidak menawarkan pemulangan percuma pada masa ini. Bayaran pos mestilah dibayar oleh pengirim dan tidak akan dibayar balik oleh Next.

    BOLEHKAN SAYA MEMBUAT PENUKARAN ITEM?

    Harap maaf, kami tidak menawarkan perkhidmatan penukaran. Namun, anda boleh memulangkan item yang tidak sesuai dengan anda kepada kami untuk mendapatkan bayaran balik penuh menurut 'Dasar Pemulangan' kami dan membuat pesanan baharu untuk item yang anda mahu.

    MAKLUMAT PEMULANGAN

    Bilakah saya akan menerima bayaran balik?

    Sebaik sahaja pemulangan item diterima di gudang kami, bayaran balik akan diproses secara automatik dalam masa 28 hari (dari hari anda menghantar bungkusan pemulangan anda) kepada kaedah pembayaran yang digunakan untuk membuat pesanan.

    Anda akan menerima e-mel pengesahan apabila item tersebut telah dibayar balik. Jika anda membuat bayaran menggunakan kad, sila pastikan anda menyemak penyata bank anda dari tarikh pesanan dan seterusnya. Ini kerana bayaran balik anda mungkin dipaparkan bukan pada tarikh pesanan.

    Jika anda membuat bayaran menggunakan kaedah pembayaran lain, sila semak dengan pembekal/pengeluar bayaran untuk mengesan bayaran balik tersebut.


    Saya tidak menerima bayaran balik saya

    Anda akan menerima e-mel pengesahan apabila item tersebut telah dibayar balik. Jika anda membuat bayaran menggunakan kad, sila pastikan anda menyemak penyata bank anda dari tarikh pesanan dan seterusnya. Ini kerana bayaran balik anda mungkin dipaparkan bukan pada tarikh pesanan.

    Jika anda membuat pembayaran asal menggunakan kad yang kini sudah tamat tempoh atau dibatalkan, sila hubungi bank anda. Bayaran balik akan sentiasa diproses kepada kaedah pembayaran asal anda dan tidak dapat diproses kepada kad lain.

    Jika anda membuat bayaran menggunakan kaedah pembayaran lain, sila hubungi pembekal/pengeluar bayaran untuk mengesan bayaran balik tersebut.

    Sila simpan nombor penjejakan pemulangan anda sehingga bayaran balik diterima - anda mungkin akan diminta untuk memberikan nombor ini sekiranya kami belum menerima item anda. Jika anda tidak memilih khidmat dijejaki untuk pemulangan dan hanya mempunyai resit bayaran pos, anda perlu mengemukakan tuntutan terus dengan perkhidmatan pos tersebut.

    BANTUAN BERHUBUNG PEMULANGAN

    Saya telah kehilangan nota pemulangan saya

    Jangan bimbang jika anda tidak lagi mempunyai nota atau label pemulangan yang disertakan dalam bungkusan anda, kami boleh menghantar yang baharu melalui e-mel. Anda mesti memulangkan item berserta nota pemulangan untuk mengelakkan sebarang masalah semasa memproses bayaran balik anda.

    MAKLUMAT HUBUNGAN KAMI

    Jika anda mempunyai pertanyaan, kami sedia membantu dengan segera melalui sembang langsung. Sila klik pautan di bawah untuk bermula.


    Sembang dengan kami

    Kami ada di sini dan bersedia untuk melayani sembang anda


    Hubungi kami

    Kami bersedia membantu, namun anda mungkin perlu menunggu selama beberapa minit untuk kami menghubungkan anda.

    Sembang tersedia 24/7 dari mana-mana sahaja!

    Saya mempunyai Aduan

    Jika anda tidak berpuas hati dengan mana-mana produk atau perkhidmatan kami, kami mahu mendengar maklum balas anda.

    Kami sentiasa ingin menyelesaikan masalah yang timbul, jadi sila hubungi kami menggunakan kaedah di bawah:

    E-melkan aduan kepada kami di International_Complaints@nextdirect.com

    Sila sertakan nama, alamat dan nombor telefon hubungan anda agar kami dapat menghubungi anda secepat mungkin.

    PERGI KE TERMA DAN SYARAT

    Terma dan Syarat

    Sahkan Perubahan Negara

    Adakah anda pasti hendak meninggalkan laman web ini?

    Jika anda meninggalkan laman web ini
    anda akan kehilangan beg beli-belah berserta kandungannya.

    Batal
    Memuatkan

    Tiada item yang Dilihat Baru-baru Ini untuk dipaparkan. Item akan muncul di sini semasa anda melihatnya. Anda kemudian boleh memilih imej untuk melawat semula item.

    Ops! Ada yang salah! Sila cuba lagi